Sabtu, 21 Ogos 2010

♥ GSC Signature @ The Gardens

Sepetang berjalan2 bersama dia 'lagi', mencari-cari apa yang xpasti.. jejalan di kaki 5 sebuah bangunan mewah alahai terasa bangga mcm org berduit plak, setiba di persimpangan aku terhidu masakan yg 'alahai, laparlah plak kan', lalu dan berlalu kami mencari2 dr mana dtgnya.. tetiba hidung 'occeh, hidung tau' haha.. ayat terbaik wook.. sambung cerita td, tetiba terpegun dengan sinema @ restoren mewah.. maka kami dengan rasa penuh duit di poket melangkah masuk, sah terpegun lagi.. GSC Garden ada 3 tingkat, 1 kaunter tiket dan bar tender , 2 dan 3ft Restoren.. maka kami terus naik tingkat 2, sekali lagi.. alahai cantiknya, mewah, tenang, mcm nk duduk terus kat situ.


Bab menu- apa!! biar btl mcmne nk sebut perkataannya ni, harga usah tanya.. sebelum lidah lebih terbelit, aku memilih Chicken Chop, dengan ini terciptalah ayat 
'Dinner at Garden GSC dengan dia insan yang dulunya pertama dan yang utama di hati :p


sangat cantik ~ mewah..
 Chicken Chop = RM15.00 
* sangat kenyang + banyak sangat2 = Gemuk..

Sprite = lupa hargalah..


Tak tahulah, kenapa eak... dengan dia, kami mesti berSprite... 
Pelik2....

sesiapa yg rasa xnak percaya silalah dtg tgk sendiri... "ugut@cabar"

Rabu, 18 Ogos 2010

Kemensah + Grand Seasons + Kenduri BFF

Saturdey yang paling kibot dlm hidup, nak tolak kiri tak boleh tapi..... (mgkin boleh tp x sedap pulak), mahu ditolak yang depan.. KAU my BFF, kalau KANAK.... Sorry to say lah aku nak tolakkan... bukan pasal lagi best dari yang lain, keluarga aku adalah segalanya bagi aku, nottah.. dan akhirnya semua aku join. baik tak aku? Yang kiri ni, asal kau nak jugak tarikh 2.. Emo aku sekejap..


Kanan family aku, itu adalah perkara yang paling wajib cuma tidak sewajib yang lainnya..  07 ogos 2010, bukan je pasal anniversary my close sister Mimi. Tapi pasal rancangan yang dah dirancang berapat yang tak berapa nak lama :) and dah plan nak sambut 2 birthday boy, anak adik aku dgn kaklang, Mohammad Syafiq Syahmi 1 thn, dgn birthday Mohammad Raizzudin 8 thn.. 

Kalau ditanya apa yang best, tak tercakap :D cuma tahun pertama kami bergathering tanpa kaklong and kakngah, kaklong sarat mengandung. lagipun dia menetap di perak, perak bukan alasan cuma 2 lah dia.... kakngah, Out Station, dia kata kalau tak pergi company tu bungkus.. suka2 je kan... dan kakngah, tetap hantar askar2 dia 4org.. 


Syukur alhamdulillah kedua2 majlis Gathering Mohammad Noor Saleh & Ramlee Adam, berlangsung dengan lancarnya walaupun kami terpaksa mengejar masa, apa yang penting kerja sama.. hehe... yang penting aku jaga hati keduanya.. pagi d kemensah, tghri d grand seasons, dan sebelah mlmnya kami berada d majlis kesyukuran rumah membe.. makan + makan + makan = hilang diet aku hari 2.. yang penting aku jaga hati mereka..

 Kemensah
09:00 - 11:30am

 Mak Mertua yang sediakan, dan aku datang untuk MAKAM. Nasib baik LAKSA.... 
LAKSA dan AKU adalah BFF jugak :p


ini baru aku yang buat, amacam boleh jual X? uhuhu


Ini yang aku dapat kongsikan.. sebab tak ada mood, aku ingat family aku je taim 2.. kejam X, tak kot, kan :D

 Grand Seasons Time
 12:00 - 04:00pm
simple tapi menarik~

Cupcake dari aku ~

Kek dari adik untuk anak dia~

Last minute baru nak bungkus, hadiah dr maksu. Yang bungkus pulak, ibu kpd birthday boy~

birthdat boy, anak ke2 shida~ 
pantang tgk camera, sengehhhh memanjang.

yaya & izal~
pun sama pantang kalau org kata 'cepat2 amk gmbr', confirm macam2 aksi dorg ni..


Diana Rashid ( cucu sulong/minah camera )~
dy ni bukan pantang lagi @ dgn kata lain kamistry 'btl ke ejaanNya' hihi, d mana ada camera d situ ada dy.. ibarat nk cari diana, carilah camera atau sebaliknya.. tak caya, saksikanlah picture yg seterusnya...

nard (last) - kaklang (no 3) - aku (no 5)- diana (anak kakngah)- shida (adik no6)
kaklang (org kata kembar aku, ye ke, sama ke) tp aku baik skek kot..

my mom - 
diana~ pandai dia kipas mak aku..

diana - syafiq
( dia lagi )

1

2

3
* ikutkan byk lagi pic dia tp rasanye klu letak pic dia je, da bukan blog aku la rasanye kan, hehe.. apepun dia adalah ank buah aku yang paling aku sayang... Umur dah 17thn...

baby (no 3, ank kakngah) dan aku

ini jelah yg dapat aku kongsikan, penat nak upload.. kalau aku rajin aku + lagi ye...sekian...

♥ Pameran Keranda Di Muzium Negara

Aku dan Kau

Sekali lagi kita jumpa, pameran keranda menjadi tempat tujuan. Sepanjang perjumpaan tadi, sikitpun aku tak rasa perubahan kamu, tapi gurauan kita tetap ada batasnya. Rasa macam tak bestpun ada, hehheehe... Yelah apa nak buat, kita kini cuma temenan....

Stop, cerita pasal pameran.. Tiket murah dan berbaloi2.


Dewasa RM2 engget je, 
kanak-kanak bawah 12thn percuma, aah ye ke? lupa pulak aku..
Kamera kena RM3 engget

Lagi mahal harga kamera dari tiket orang, uhuhu.. Sure korang akan rasa seram time nak beratur beli tiket, automatik rasa nak kennnn lah, nak cancellah.... Ditambah suara dan muzik2 yang pelik2, bunyi cengkerik. Pergghhhhhhhhhhhhhh...

Langkah pertama dipintu gerbang, kita di hidangkan dengan kuburan rangka manusia yang terdampar sepi. Cool lagi, alah apa sangat, kan :p.... Jalan punya jalan, baca punya baca, baru kitorang perasan, aku dengan dia je, amik kau.. Barulah datang seramnya, apalagi tiba-tiba rasa takut teramat. terus berjalan dakap berdakapan, peluk berpelukan dan pegang berpegangan, mana mungkin... Seminit lepas 2 baru ada orang join, trip kami cuma sayang sekali... dorang ni sengal sungguh, memekak je. Tahulah korang jalan dengan couple tak payahlah buat aku jelessss sampai macam 2 :p

after jummm, ini untuk tatapan kamu semua,
Selamat menikmati..

Selamat datang ke Pameran Keranda : 1 April - 20 Jun 2010 kemudian ditunda hingga 31 Ogos 2010, so sempat lagilah kalau korang nak tengok dengan mata sendiri.. terbaik wook..

Peralatan yang digunakan untuk urusan memandikan jenazah

Kereta Tarik Jenazah

Pengkebumian Batu Kepingan yang dijumpai di pesisir pantai di Lembah Bernam Negeri Perak

Keranda Buloh Masyarakat India dan Tok-tok Sami

Pengkebumian Tajau dimana mayat dimasukkan ke dalam tempayan

Keranda Emas Promethean yang bersadur emas tulin 14 karat
(inilah kumpulan budak2 yang bising tadi, spooiiiii)

Pakaian diraja yang akan dipakaikan kepada si mati



 Jenis-jenis Pengkebumian masyarakat dulu.
LUPA lak den, apo namo eahh..

Pengkebumian Lanoh

Pengkebumian Bateq
yang menarik, digantungkan di atas pokok

Senarai harga tiket masuk ke pameran dan kategoriNya

Tiket Masuk dewasa (Per Head)

keranda kanak2 dan someone

Ini ajalah yang dapat aku kongsikan, pening aku nak upload.. 
Gi lah tengok sendiri, best bebbbb.

Selasa, 3 Ogos 2010

♥ Lagenda Budak Setan (Malay)





Cerita yang mengundang segala cerita suka duka, membuai jiwa meruntun 1001 perasaan terhimpun disini. Adakah senyuman yg tercipta @ airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu!

Kasyah (Farid Kamil) is a troublemaker in high school but things change when he meets Ayu (Lisa Surihani) and she accepts him. However, Kasyah has to go to a village to complete his thesis which forces him to part with Ayu. She then meets her ex-lover Azmi (Que Haidar) who pursues her. "Lagenda Budak Setan" is adapted from the popular 1985 Ahadiat Akashah novel of the same name.

Classification: U
Genre: Drama / Romance
General Release Date: 03 Jun 2010
Running Time: 1 Hour 46 Minutes,
Distributor: Golden Screen Cinemas
Cast: Farid Kamil, Lisa Surihani, Nur Fazura, Que Haidar, Raja Farah
Director: Sharad Sharan

~ setelah sekian lama, awak hilang dari saya.. akhirnya kita jumpa lagi, nak jerit nak nagis dan macam2 rasa tau takkk.. awak datang lepas saya jadi milik sepupu saya sendiri............. ~

~ Apa yang best kat cerita ni, aku boleh nagis sepuasnya...... :)

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts