Jumaat, 19 November 2010

Isabella vs Nazman

Drama Isabella 26 episod yang diarahkan oleh Amie Maziah itu turut dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Kartina Aziz, Corrine Adrienne, Raja Norbaizura, Yuswaisar dan seorang pelakon baru yang membawa watak antagonis Izreen Azminda.


Drama Isabella menyingkap kisah cinta Isabella yang mengalami tekanan emosi sejak kehilangan kekasihnya Benjamin akibat kemalangan ketika berada di luar negara.

Ibu bapanya, Borhan dan Kasmah membawa Isabella bertemu pakar jiwa untuk mendapatkan rawatan. Selepas beberapa bulan, Isabella hampir pulih dan mula melupakan kesedihannya.

Ketika dirawat di hospital, Isabella berkenalan dengan seorang pesakit Dr Rahim yang lain iaitu Nazman (lakonan Rosyam) yang turut mengalami trauma dan gangguan emosi selepas kematian isterinya yang sedang mengandung.

Oleh kerana mengalami tragedi hampir sama, mereka mula tertarik antara satu sama lain dan seterusnya bercinta.


Selepas Isabella dan Nazman pulih, mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Namun begitu, pelbagai masalah timbul dan Isabella didatangi seorang gadis bernama Vivian yang mengaku kenalan lama Benjamin. Siapakah Vivian yang sebenar? Untuk mengetahui konflik yang melanda Nazman dan Isabella, jangan lupa menyaksikan drama Isabella setiap Selasa bermula 13 Julai pukul 9.30 malam di Astro Prima.

Isnin, 8 November 2010

Aku Di Wedding Kamu

Cinta zaman hinggusan....

tamat sudah segala cerita, setelah bertahun akhirnnya ketemu lagi d majlis kamu.. kau nampak lain sgt, kurus sikit rasannya.
adoi, kenapa ni... next question plz, "dah jumpa dia belum" oooi, knp soalan ni je... ahak3..

Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa

Tak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci ini

Tanpa undangan , Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana
Ku tak percaya . . . Dirimu tega
Nodai cinta . . . Khianati cinta
aku doakan agar kamu bahagia hingga kehujung nyawa
♥ SELAMAT PENGANTIN BARU ♥

dan antara pertama, kedua dan ketiga.. aku memilih yang kedua, ketika ~ kau suami ku KINI

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts