Sabtu, 16 April 2011

Waran Tangkap!!!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Norman Hakim dan tunangnya, Memey yang dituduh berkhalwat tiga tahun lalu, berikutan kegagalan pasangan itu hadir di mahkamah tanpa alasan kukuh untuk perbicaraan kes mereka, semalam.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Salehan Yatim yang mengeluarkan perintah itu berkata, waran tangkap berkenaan hanya berkuat kuasa pada tarikh prosiding berikutnya iaitu 20 Mei depan.
 
 

Ini bermakna, jika Norman, 35, dan Memey atau nama sebenarnya Suhaizah Suhaimi, 23, tidak hadir pada tarikh berkenaan yang ditetapkan untuk pihak pembelaan memfailkan hujahan balas, mereka boleh ditangkap. Terdahulu, peguam Munirah Abu Bakar yang mewakili pasangan itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia menerima panggilan telefon daripada Norman pagi semalam memberitahu tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat tanpa memberikan sijil cuti sakit. Selain itu, Munirah memaklumkan Norman turut mewakili pihak Memey memaklumkan pelakon itu tidak dapat hadir dalam prosiding semalam kerana berada di luar ibu negara. Berikutan itu, pendakwa syarie, Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan kerana mereka sepatutnya mendahului kes mahkamah berbanding perkara lain.

“Kami (pihak pendakwaan) tidak boleh menerima alasan itu kerana mereka sepatutnya perlu mendahulukan mahkamah, justeru pohon waran tangkap dikeluarkan kepada mereka pada tarikh akan datang,” katanya.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

* selebihnya baca HMetro*


6 ulasan:

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ berkata...

wahhh panasss nih ;p

Pak Aji berkata...

artis artis.. dah takde keje lain ke.. asyik bekhalwat je..

A y e s h a Ramlee berkata...

@??P.i.n.K.y MoMMa?? itu lah kan kak, tp memey memg luar KL.. cuma dia tetap silap..

A y e s h a Ramlee berkata...

@Pak Aji rasanya org kita pun sama je, cuma dorg d sensasi kan je kan... sian2... hehe

Azlan Hasan berkata...

isk..isk..xabis2 lg dorang nie..smpai keluar waran tangkap..da boleh dilebel penjenayah da nie..hehehe

Regards,
-Strider-

A y e s h a Ramlee berkata...

@Azlan Hasan azlan, jom kita... ejek dia, hahaha.. tp mey ni kawan ayesha lah.. tak sampai ht pulak.. cehhh

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts