Ahad, 24 Julai 2011

Mari Berjala Bersama-sama

bahan - Roti Jala

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit pewarna masakan kuning @ serbuk kunyit

cara-caranya

1. Bancuh kesemua bahan, kemudian masukkan dalam blander (pengisar basah) & kisar hingga bancuhan tepung menjadi halus. Jumlah air hanya untuk membolehkan anda mengisar. Jika terlebih air, adunan terlalu cair dan cetakan anda akan kurang menjadi.

- Jika bancuhan tidak lancar keluar dari pencetak, tambahkan sedikit air.
- Sewaktu mengisar, pastikan anda tidak terlebih air.

2. Tiraikan atas kuali leper / kuali biasa, dengan sedikit minyak. Apabila agak kering, lipat dua bahagian, dan lipat sekali lagi dan terus angkat.
- Tak perlu dibalikkan.


bahan - Kuah

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Serbuk kari
Santan
Garam secukup rasa
Sebiji kentang
Seketul ayam
(tanpa tulang, sebaik-baiknya bahagian dada)

cara-caranya

1. Tumis bawang dan halia yang telah dikisar
2. Masukkan serbuk kari dan air bersama sedikit santan. Masukkan kentang dan ayang yang telah dipotong kecil, biarkan hingga masak.
3. Tambahkan santan selebihnya dan biarkan hingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

2 ulasan:

hamzah ian berkata...

wahh.. senang je. huhu

A y e s h a Ramlee berkata...

@hamzah ian jadi mari kita... :)

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts