Isnin, 31 Disember 2012

** Bila Cinta Hati Masuk Hospital


Saya tetap setia disisi awak biar apa sekalipun dugaan yang datang.

Al kisah. Semalam pagi (ahad), taknak wife risau a.k.a kuat macam singa. Last2 bila petang tgk muka, ya allah, hilang sudah wajah awak. Jawapannya : pagi tadi atas moto, rasa macam ada benda gigit. i tepis.. ingat tak apa-apa.

Pulak? kalau cakap siang tadi, taklah teruk sampai macam ni sekali. pakweeeeew oiii


Dan sekarang kita berkg di hospital.

* wifi kat rumah lupa nak tutup, dah 6jam. seronok kucing2 tu agaknya. leka layan fb. huhu. (sedapkan hati)

posted from Bloggeroid

Ahad, 30 Disember 2012

Bila Saya Berbatik, Warna Memain Peranan Penting

Sambung entry semalam

Thanks kak anne untuk hadiah yang sangat bermakna untuk Ayesha, teringat zaman sekolah menengah dulu. Saya adalah budak art, ooh yeahhh =)


Sangat lengkap kalau baru nak berjinak dalam bidang lukisan dan mari meliat skill pertama Ayesha bergelar anak seni, cehhhh

dan hasilnya.. tunggu kejap tau ;p 
thanks sudi baca....... PUBLISH

Jumaat, 28 Disember 2012

Thanks to Anne Robinson

ENTRY KHAS
Walau lama tersimpan, Ayesha tetap nak update pemberian sis 'Anne Robinson'. 



dan anak-anak kucing yang sangat super lagi comelz

kucing akak semua menyorok... 
nanti kalau depa dah berani bergambar saya update ye

dan akhirnya chiki and ciko ada kawan..



** Join Mini Teka Teki tekan SINI, masih berbaki tempat 10 terhebat dan itu tandanya peluang keemasan.. 

Khamis, 27 Disember 2012

Back To School 2013

Assalamualaikum..

Tirai 2013 bakal dibuka begitu jugak lembaran baru untuk Aku membina dan melaksanakan azam baru.. Malam tadi, baru teringat nak tengok Calender, 2hb jan 2013 sekolah bermula, sekejapnya cuti... tapi Ayesha seronok, kawasan rumah kembali sunyi dan itu tandanya saya terpaksa berpisah dengan anak-anak menakan (saudara).

* So sebelum korang balik, mari tolong Mak ET mengemas
** kes dera =)

Rabu, 26 Disember 2012

Akibat Pengaruh Iklan Meggi

Assalamualaikum


Beginilah rupa bila air liur tak tertelan lagi. hihi, dengar mcm kotorkan? mahu taknya, kalau dah hari2 kot iklan meggi. fuhhh, bangkit selera akak..

Setelah diselongkah petiais, kacang panjang pulak tak ada. itu yg ganti dengan sawi. Agaknya korang dapat tak, agak iklan yang mana dengan gambar diatas.

Hah, 10markah. Yang anak dia main nyorok2 pastu mak dia masak meggi ni utk pikat kwn2 ank. Dia kata, mak dia bijak tp aku rasa mak dia tak patut buat mcm tu. Silap2 nanti anak dia tak reti berusaha.. Apepun meggi memang sedap tokkkk.

** uchop menang vokalbsr. padan muka mar, belagak tak agak2.

PUBLISH.....

posted from Bloggeroid

Simple Kuiz Di Blog Ayesha Ramlee

1. Follow blog Ayesha Ramlee, senang nak tahu kalau korang menang (tak paksa), follow sekali google saya..
2. Sila beri jawapan di comment entry ini sahaja ye
3. 10 peserta pertama dengan jawapan yang betul (hanya sekali percubaan) saya akan beri ganjaran. Simple kan =)
4. Tarikh tutup sehingga berjaya mendapat pemenang


Cuba teka..ada berapa ekor kucing sebenarnya ni ..??
A) 4
B) 3
C) 1
D) 9
 

tajamkan mata dan TAHNIAH!!!

* Ganjaran : maybe REVIEW BLOG @ FELT CRAFT @ ????

** SPORT RIM DAN TAYAR UNTUK DIJUAL (SALE)

* Entry bergantung - SERIOUS BUYER

----- SPORT RIM DAN TAYAR KERETA KANCIL UNTUK SETIAP BUDGET ----


BERKUALITI dan BERPATUTAN....
tayar ORIGINAL - tidak dikorek tidak ditoreh
tayar TIDAK disapu minyak - tahan lama


LOKASI : Pantai Klebang / Pantai Puteri (Malacca)
PANGGILAN DILAYAN : 0126436463


Car Accessories

Aaron Aziz dan Cinderella

Hahaha! Parah dah budak ni terpengaruh dengan tv dan internet sampai terbawa-bawa ke kerja sekolah.
credit: Oh Media

Semalam, saya pergi kat dalam hutan untuk mencari sedikit epal untuk ibu saya cinderella. Saya cari epal itu sungguh-sungguh sebab takot kena marah. Saya berasa sangat penat. Saya jalan-jalan kat temgah hutan sambil bawa guni. Tiba-tiba, saya terjatug dan kasut saya jadi kotor dan basah. Saya sedih lumpur itu juga sebenarnya hantu air. Saya nangis sampai kuat kerana takot. Aaron Aziz dengan saya nangis. Dia selamatkan saya. Saya cium dia. Dia cerai bini dia. Kami hidup bahagian dalam istana <3 <3 <3
yang benar,
cinderella

Pendarahan?

Terdapat 3 jenis pendarahan iaitu:

1. Pendarahan luaran
Kecederaan disebabkan luka atau kulit terkoyak.

2. Pendarahan luaran melalui bukaan semula jadi
Berlaku di dalam tubuh dan badan yang keluar adalah melalui bukaan semula jadi manusia seperti faraj dab hidung.

3. Pendarahan dalaman
saluran darah organ yang pecah di dalam tubuh manusia. Dianggap sangat serius dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan berlakunya renjatan. Tambahan pula, darah yang terkumpul di dalam tubuh manusia akam memberikan tekanan yang boleh memusnahkan organ tertentu seperi otak dan paru-paru.

Penyebab utama pendarahan ialah kerosakan pada saluran darah. Agen-agen fizikal seperti peralatan yang tajam, krmalangan kenderaan, tembakan serta peralatan pertukaran merupakan antara penyebab pendarahan boleh berlaku.

Langkah-langkah pencegahan dari berlakunya pendarahan:
- Menyimpan peralatan yang tajam serta alat-alat pertukangan di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.
- Mengetahui cara menggunakan peralatan mekanikal yang betul.
- Sentiasa berhati-hati ketika bekerja dan memandu.

sumber: "http://www.infosihat.gov.my"
posted from Bloggeroid

Isnin, 24 Disember 2012

Ayesha Ingin Terbang Bebas Dari!!!!!

Assalamualaikum.. Saya mahu terbang bebas dari mampi-mimpi malam yang makin menyakitkan. Ayesha cerita mimpi semalam ajelah ye, hari2 lain taknaklah.. Geram + Sakit hati kalau diingat lagi :'(


Walaupun hampir bebelas tahun, tamat alam persekolahan tetap kau, aku mimpi gaduh dengan ex school made, Boleh!.. Mimpi kita mestilah kita yang jadi baik kan =). Ahben kata Ayesha sampai mengigau, jerit minta tolong dan bila tersedar ashben kata Ayesha tanya dia "kenapa ada yang dengki dengan saya, salah saya ke jadi pendiam dekat sekolah.." ashben kata "mana ada salah"... hahahaha, last2 laki bini bantai tergelak..

Mimpi yang kedua, ishhh apa bendalah aku ni kan.. MIMPI jelah kerja nya..

Kes satu family, dekat putrajaya. Rumah adik (ayesha) tingkat 8 je, setiap 1 tingkat mesti lif berenti. Ikutkan dalam lif dah full tapi still muat lagi, padahal tadi masa kami ramai2 nak masuk, lif berbunyi tanda full.. tak pasal2 adik sekeluarga dengan anak kak ngah tak masuk.. itu hal yang pertama, hal yang kedua pulak. bapak punya lama nak sampai G.

credit : GOOGLE
Bila sampai G, Ayesha sorang sempat keluar antara yang ramai2 tadi.. Pulak 2, adik yang tertinggal tadi dah sampai G(bawah).. Bila tanya, dia kata "kitorang naik llif sebelah" gua dah pelik bai... Bukan ke tadi, lif 2 ROSAK. Nak di pendikkan cerita, tiba2 ada harimau bintang pulak. adoi, lawakkan. hahaha, akupun gelak masa cerita kat ashben subuh tadi.. kahkahakh.. Pulakkkk

Apa lagi, lintang pukang semua lari, adik sempat masuk lif yang elok tiba2 dan aku hanya sempat panjat tangga, alhamdulillah selamat. Padahal berlambak2 harimau dekat tingkat 1, jantung bagai nak runtuh. Masa tu, aku tak ingat lain.. hati tertanya, aik kenapa dekat sentul.. *korang nak tahu, tiap kali mimpi, mesti dekat sentul (kaw rumah lama). Apapun aku tetap dalam keadaan cool buat biasa je, kaki dah beri isyarat lari cuma pergerakkan langkah pelahan-lahan. Memang aku perasan, harimau 2 doq pandang...

Ish, kalau di kupas.. berjela2 entry kali ni.

** Sejak dua3 hari ni, kondisi badan sangat lemah. dari badan sampai kepala panas sangat, macam demam tapi tak demam. Cuma kepala jelah yang tak hilang2 denyutnya..

** Kenapa ye? PUBLISH

p/s : Kak lang sekeluarga excedent, alhamdulillah semua selamat cuma maira sakit kaki sikit. kereta total lost .

Ahad, 23 Disember 2012

** CELEBRATION FOR BIRTHDAY ABAH

Assalamualaikum.. 

Gambar petikan dari intagram Ayesha.. 


selalunya kalau birthday mesti goreng bihun kan? kali ni kita tukar menu ikut suka tekak.. Abah kata, teringin nak makan steamboat. 

untuk aku yang kurang makan sebab tangan gatal2, ini je yang aku ambil :) and share dengan korang

Rabu, 19 Disember 2012

Makan Malam

Assalamualaikum....
hi all, dah makan ke? Nasi lemak RM1.00 pilihan Ayesha malam ni, kenyang alhamdulillah.. Sedap jugak, walaupun cetotet je, tapi kesannya amat berbaloi-balai. NGANTOKNYAAAA

moral of the story: jangan bawa balik kerja office kalau dinner Nasi Lemak..

wassalam.. publish..... ZZZzzzZz...

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun


* credit : blogger Hanif

Assalamualaikum, setakat sekarang ini followers 1012. Target follower 988, insyaallah..

WORDLESS WEDNESDAY : 12 - ARAHAN!!


senyum kambing..

Jumaat, 14 Disember 2012

Beto Kusyairy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beto Kusyairy (Nurkusyairy Zakuan bin Osman) lahir pada 19 Februari 1980 ialah pelakon Malaysia berbakat besar yang mula dikenali sejak drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby,Geng SurauUri ini sebenarnya telah lama berkecimpung dalam industri seni. Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton. Lulusan Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi MARA ini berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai bakat lakonan yang bagus setanding pelakon hebat sedia ada.


Asal Usul Nama Beto Kusyairy

“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan. "(Petikan daripada Berita Harian)"


** My caring Boy, kenyit mata sikit :)




Khamis, 13 Disember 2012

12.12.12 Hunny Madu Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Tahniah! buat penyampai radia Fly.fm Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana binti Mohd Hatim 28, kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 10.55 malam semalam.

Bayi perempuan yang lahir pada tarikh 12.12.12 tersebut diberi nama sebagai Eva Medina dengan berat 3.25KG. Tahniah sekali lagi Ayesha ucapkan kepada Hunny Madu.. @ DiSiniBermula


Isnin, 10 Disember 2012

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Berwarna Hijau?

Tahukah Anda ??

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.

Psst: Ini adalah sekadar maklumat bersama sahaja. Usah kaitkan dengan perkara lain yang tidak masuk akal. Usah jadi badut tidak berbayar di sini yang tak habis-habis nak relate semua perkara dengan politik. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

-sharing is caring | Oh! Media


Khamis, 6 Disember 2012

Nak Masak Laksa Tapi........

Assalamualaikum..

Shhhhh... Jangan tanya saya pasal entry airmata berdarah sebab kemarin is kemarin 'ayat pujuk diri' Sakit hati sememangnya tapi senyuman mak dan keyakinan mak pada ayesha buatkan ayesha rasa life be go on. Ye lah, aku cuma tanya dia je tapi orang lain yang sensitif... Apa kes? Hilang tetap hilang, nak gaduh sampai bila. Cuma yang gaduh dah ok tapi yang dengar menjadi talam bermuka kuali, gerrrrram aku tau. So untuk hilangkan rasa nak meraungggggg.. dah stop pasal atas ;-)

Cerita pasal laksa.. nyam2, my fabret food tu. aahehe, semua bahan dah beli cuma daum kesum takde pulak. bunga kantan korang kenal tak? bapak maheee, sebatang rm1.45 dah tu kecik cenonet je. alahai.. aahh dah lah, kang sambung. ayesha nak drive ni. byeeee all.. thanks sudi baca entry ni..

 ***maghrib sudah, drive laju2.. hihi

posted from Bloggeroid

Rabu, 5 Disember 2012

Gambar Suspek Utama Pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya


Inilah wajah suspek utama dalam kes kehilangan serta kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawti Lawiya beserta 3 lagi yang lain. Nama suspek utama ni ialah DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (nombor kad pengenalan: 690211-10-5525) dan merupakan seorang peguam serta ahli bar council.

Kami juga ada mendengar ‘cakap-cakap kedai kopi’ mengatakan yang DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN ni pernah ‘menghilangkan’ beberapa ahli perniagaan sebelum Datuk Sosilawati Lawiya. Ntah betul atau tidak, itu tak pasti la pulak. Tapi bila difikir-fikir, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Untuk lebih maklumat, tekan SINI dan SINI... 
Jika benar mereka terlibat atau sesiapa yang melakukan jenayah ini mendapat hukuman yang setimpal jika tidak perbuatan keganasan ini akan menjadi ikutan kepada generasi akan datang.. ** Mereka sangat kejam

Selasa, 27 November 2012

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penyakit ini disebabkan oleh virus enterovirus. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Credit GOOGLE
TANDA-TANDA DAN GEJALA
  • Demam
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
CARA JANGKITAN
Melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan hidung, tekak, air liur, cecair dari lepuhan dan najis individu yang telah dijangkiti.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Cuci tangan dengan mengunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
  • Jangan berkongsi bahan-bahan oeribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Elak daripada mencium dan memeluk individi yang dijangkiti.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempay kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.

KOMPLIKASI
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh mengakibatkan KEMATIAN.

PERINGATAN KEPADA IBU BAPA
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut:
  • SEGERA baea ke hospital atai klinik berdekatan
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
  • Elakkan membawa anak anda ke tempat awan yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagan, kolam renang, pasae atau stesen pengangkutan awam

diterbitkan oleh: Unit Promosi Kesihatan, JKNS

Isnin, 26 November 2012

Untuk CikTi Dari Is

Assalamualaikum.. Terima kasih yew IS, Terasa seperti kanan-kanak pulak =)

Ahad, 25 November 2012

Apakah itu URL?

URL ialah alamat fail di Web, seperti www.example.com, atau foo.example.com. Semasa proses penghasilan blog, anda harus memilih URL untuk blog anda. Pelawat boleh mengakses blog anda dengan menaipkan URL ini dalam bar alamat penyemak imbas mereka. Memandangkan sudah terdapat sejumlah besar blog Blogspot, anda terpaksa menjadi lebih kreatif dan mungkin mencuba beberapa URL yang berbeza sebelum menemui URL yang boleh digunakan. Format untuk URL anda ialah nameyouchoose.blogspot.com. Semasa memilih URL blog anda, ingat bahawa anda hanya boleh menggunakan huruf, nombor dan tanda sempang sahaja. Aksara khas seperti $, #, &, dsb. tidak dibenarkan.
Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.

Sabtu, 24 November 2012

ENTRY LEPAS GERAM

Assalamualaikum
Seperti yang tertulis, entry ini Ayesha tuju khas untuk lepas gerammm. Yang rasa tak suka, sila pangkah dengan cepatnya.. mood: kelaut dalam, terima kasih singgah sini. Next time singgah lagi ye, insyaallah dah takde marah-marah bagai =) dan yang sudi membaca setiap apa yang Ayesha lemparkan disini, terima kasih jugak.. senyum sikit :) Sila bantu kalau anda tahu ape yang Ayesha alami...

Jujur Aku rasa, Makin lama duduk dalam blog ini, makin perlu aku ke sekolah semula.. Aduuhhh, BENGGONG makin menjadi-jadi. Puas sudah ubah itu ini.. Mana tidaknya, korang bayangkan ye (bayang bukan berangan tau =p), first: post dengan sidebar jauh terkangkang. Lepas tu, semua gambar-gambar dalam ni, hilang pulak (still tak okey lagi) Sekarang, blockquote pulak buat hal.. Untuk masalah ni je, 4kali aku tukar template. EMOSI..

** Takkan Update dengan hand phone, terus GILA macam ni.
** Masalah ni, buatkan entry-entry yang lain terpaksa di DRAFF kan aje

p/s: Ada rasa nak tukar URL jew, tapi SAYANGlah.. Maybe bukan TU..

Jumaat, 23 November 2012

Mood: DEMAM

Assalamualaikum

Sebenarnya saya memang nak update kat sini, last2 BW je lah.. Kenapa dengan saya, sejak akhir2 ni yea... Kering kontang sangat.. 

Mood: DEMAM

** Update dekat KID FASHIONISTA Shoppe ajelah ye, repair apa yang sawan..


Sabtu, 17 November 2012

Makin Lama Makin Gatal, GERAMMM

Salam 1 Malaysia.

Tajuk macam lain je kan? Benda ni tidak sama sekali melibatkan hati dan perasaan orang cuma aku geram dengan tapak tangan ni hah. Gatalllll, makin garu makin sedap tapi lepas tu. Tahan jelah airmata, pedih toqqq


Merah sangatkan...
posted from Bloggeroid

Kangkang dah baik tp ada yang hilang

Salam

Semenjak beralih kasih ke S, tab langsung tidak ku sentuh dari pagi tadi. Kesian dia, hihi. MAAFlah tab bkn lupa jasa tp u besar sgtlah. Payah nak bawa jalan2.

Bila dalam keadaan mcm ni, teringat zaman sekolah dulu mesti ada karangan 'aku sebuah .....', itulah keadaan tab sebenar.


Tengok sat, betul jd mcm ni. Mana hilang semua. Sawannn, mcm malas nak blog lagi.

posted from Bloggeroid

Mak Discharge Aku Shopping

* kasut baru, HP baru.. alhamdulillah

p/s: insyaallah kalau mood update ada, aku share 'check, ory ke tidak hp korang'

kalau malas jugak buat kerja rumah, tak tahulah :P



Rabu, 14 November 2012

Retinopati Diabetes anda perlu tahu..

Retinopati Diabetes merupakan sebab utama orang dewasa berusia 20-40tahun menjadi buta.

APAKAH RETINOPATI DIABETES?
Adalah komplikasi Diabetes Mellitus, berpunya daripada perubahan yang dialami pembuluh darah dalam retina. Retina adalah lapisan saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat penting untuk penglihatan. Sebarang perubahan yang berlaku dalam pembuluh darah seperti bocor, tersumbat dan pembentukan pembuluh darah baru yang luar biasa boleh mengancam penglihatan anda.

BERIKUT ADALAH FAKTOR-FAKTOR RISIKO UNTUK MENDAPAT RETINOPATI DIABETES:
- Lama menghidap Diabetes Mellitus (80% pesakit yang menghidap Diabetes Mellitus selama 15 tahun menghidap Retinoati Diabetes)
- Tahap gula dalam darah yang tidak terkawal dengan baik
- Tekanan darah yang tidak terkawal dengan baik
- Turut mengalami komplikasi Diabetes Mellitus yang lain seperti
a) Kerosakan buah pinggang
b) Kudis kaki / Gangren
c) Kebas tangan dan kaki

- Kadar kolesterol tinggi
- Merokok
- Anemia
- Pesakit Diabetes Mellitus yang mengandung

BAGAIMANA HENDAK KENAL PASTI JIKA ANDA MENDAPAT RETINOPATI DIABETES?
Anda mungkin tidak dapat kenal pasti. Biasanya tidak terdapat tanda-tanda Retinopati Diabetes di peringkat awal. Di peringkat kemudiannya, anda mungkin mengalami
- Penglihatan kabur
- Penglihatan berubah-ubah
- Herotan penglihatan
- Benda terapung dalam medan penglihatan
- Hilang penglihatan sama sekali

Akan tetapi, sebaik saja wujud tanda-tandanya, maka rawatan mungkin rumit atau mustahil dilakukan. Oleh itu, anda hendaklah pergi menjalani pemeriksaan mata dari masa ke semasa sebelum muncul sebarang tanda.

BAGAIMANAKAH CARA RAWATAN RETINOPATI DIABETES?
Rawatan mungkin perlu di peringkat awal Retinopati Diabetes. Apabila terdapat tanda-tandanya, rawatan laser mungkin dilakukan untuk menunda kemajuan Retinopati Diabetes. Jika Retinopati Diabetes di peringkat teruk, pembedahan mata mungkin perlu dijalankan untuk memelihara penglihatan.

Namun begitu, Retinopati Diabetes peringkat awal atau kemajuannya boleh ditunda dengan cara kawalan Diabetes Mellitus dan faktor-faktor risiko yang lain.

APAKAH RAWATAN LASER?
Rawatan ini menggunakan sorotan halus cahaya laser untuk menampal dan mencegah kebocoran pembuluh darah serta memusnahkan pembuluh darah baru yang luar biasa di dalsm retina. Ini merupakan rawatan pesakit luar dan tidak sakit. Rawatan laser tidak menyembuhkan Retinopati Diabetes tetapi mencegah komplikasi yang lebih lanjut.

Langkah-langkah berikut boleh melindungi dan memelihara penglihatan mata anda :
- Kawalan tahap gula dalam darah
- Kawalan tekanan darah
- Amalan makan yang sihat
- Mengekalkan berat badan yang unggul
- Selalu bersenam
- Berhenti merokok
- Pemeriksaan mata berkala (sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut syor doktor)


posted from Bloggeroid

Selasa, 13 November 2012

* Cerita hospital selayang dan mak

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

** Happy Deepavali to all penganut hindu.

Rintitan entries semalam, yang terkangkang kita biarkan dia terkangkang hingga hadirnya pakar blogger. Ayesha nak sambung cerita Oprat mata mak. Mak masuk wad semalam dekat Selayang Hospital. Tingkat 6, Bilik 6B, Katil 13 setakat jam 2:02pm.

Mengikut kata mereka yang pakar, insyaallah esok date nya (rabu). Kencing Manis dah turun 3.5. Cantik sangat dah tu.

Oraitlah, sambung nanti yea. Laparlah, go to Nur Cafe...

p/s: tak sabar tunggu esok and makanan untuk pesakit memg tiptop, class 4bintang. Yelah kalau 5, baik duduk hotel.

posted from Bloggeroid

Isnin, 12 November 2012

* Blog Dengan Penyakit Baru

Penyakit baru, yang makan hatiiii
* sila angkat tangan, kepada sesiapa yang pernah alami sebegini.. :)

Tolong ajar aku, gimana mau keluar dari penyakit ini.. salah ke update dari fon, ooh menyerabuutkan..

'Template denim'

|
|
|
selang beberapa jam. saya dah edit, but still terkangkang

** banyak entry yg tertanggung, nanti kita update satu persatu.. bergantung pada mood terkangkang ni :P
** cerita pasal : kenduri, mandi hujan, mak masud wad, cerita raya hajipun masih tak ter-update sepenuhnya...

p/s: gad redy to sepital selayang

* Gunalah perkataan ini ketika senang atau susah.

p/s: alhamdulillah, mak dah masuk wad (hosp selayang). Insyaallah, rabu ini oprat mata.

Khamis, 8 November 2012

Takziah untuk 'pinkymomma'

Assalamualaikum. Takziah untuk kak diya 'pinkymomma', di atas kehilangan ibunda tercinta. Di hospital hukm.
To all readers, mari sama2 kita sedekahkan al fatihah utk arwah, semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
p/s: insyaallah, rabu 14 nov. Mak oprat mata, tukar kanta. Kencing manis punya angkara. Hosp.selayang.. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin


Isnin, 29 Oktober 2012

Raya Korban Ayesha Ramlee

Salam, tak terlewat rasanya utk ayesha ucapkan 'selamat hari raya korban kepada seluruh umat islam'. Terima kasih tuhan utk nafas yang masih kau berikan
Raya!! Raya!! Ikut giliran, balik kg ashben. Apakan daya (dlm hati, girang sebenarnya) tak dapat ikut jadual. Sy balik side sy, Yeeahhhh, kumpul lagi dengan adik beradik saya. 1. Ashben kerja pagi raya. 2. Ada hal yang harus kami selesaikan. Walaupun ini first time saya beraya tanpa suami disisi, takdelah terasa sgt bila 6 dr 7org puteri, ramlee plus ah chik berkumpul. Gamat suasane. Tahu jelah perempuan, hihi.
Sembang punya sembang, tiba2 abh kata bohong. Apalagi tambah sawan dan virus betul ke bohong dengan pantasnya telah menular. Sampaikan mak kata, bohong bohong 'kang nie makan dia', hahaha. I lover my family.
Walaupun keakrapan kami 7beradik telah di rampas oleh abg ipar, kami ber6 tetap 1 hati dan happy2. 20tahun dah, kak long tak pernah beraya dengan kami. Nak jumpa apatah lagi, takpe. Tapi sbb suami dia, sy macam badi sikit utk terima org dari negeri nie. Sbb sy rasa mereka tetap sama. Walaupun kata arwah nenek 'akak (ayesha) jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga' seriouslah sy tak pernah lagi jmpa, org dari negeri ni sejuk je bila kasi pendapat atau apa2pun lah. Atau mgkin ada, cuma sy yg tak perjumpa lagi.
Gambar raya? Sayanglah. Semua gambar ada dlm camera. Adalah sekeping dua, gambar. Gambar masa shopping at Nilai 3
P/s: gambar ayam nak buat dah. love my family.

Selasa, 23 Oktober 2012

TUTORIAL : Coding Baru Nuffnang

Walaupun blog Ayesha Ramlee bukan penguna iklan Nuffnang, aku tetap nak buat tutorial ni. 

1. LOG IN Nuffnang > Lepas tu klik step 1 dan 2 seperti yang saya tunjukkan (gambar bawah)

2. Inilah tapak-tapak iklan yang saya maksudkan. Klik Next dan Next untuk coding yang selanjutnya ye. Done!

** tekan SINI untuk cara nak masukkan coding tu dalam blog

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts