Selasa, 28 Februari 2012

Borang Pendaftaran E-Kasih

Rasanya umum mengetahui tentang isi kandungan bajet 2012. Salah satunya adalah pemberian RM500 kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Untuk berita lanjut, boleh refer website Berita Harian (click).

E-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang menempatkan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) serta agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.  Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Saya jumpa maklumat ini masa BW tadi, rasanya ramai yang mungkin tak tahu dan bila baca berita ni, saya teringat saudara mara. Ramai yang layak. Namun, mengikut kenyataan, individu berkenaan perlu berdaftar dengan E-Kasih melalui website http://www.ekasih.gov.my/

Berfikir sejenak. Isi borang melalui website, tahu ke mereka. Kalau borang, gagahlah jugakkan. So, saya cadangkan, sekiranya teman-teman ada saudara mara, jiran tetangga atau kenalan yang benar-benar layak untuk dapat bantuan ni, ringan2 kan tulang anda untuk membantu mereka membuat pendaftaran E-Kasih ni. 

Jadi, saya sertakan link di bawah untuk memudahkan anda membuat pendaftaran. Tapi pendaftaran ni untuk pendapatan RM1,500 (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) sahaja. 


Sama-sama kita menolong rakyat Malaysia yang masih memerlukan...

5 ulasan:

sueshe berkata...

info yg berguna..noted :) Tq..

Ayesha Ramlee berkata...

mari kita bantu membantu puan sueshe ye :)

Hanif Idrus berkata...

Betul gak..mana dia orang tah upakai internet2 ni...heheheh.
Ni ler pentingnya JKKK kampung..

Ayesha Ramlee berkata...

@Hanif Idrus dengan harapan, JKKK kg tahu guna internet jugak. kalau tidak "karam"

Fathrul Razi Md Nasirudin berkata...

Info yang sangat berharga.Sepatutnya disebarkan dengan lebih meluas.Tq for sharing.

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts