Khamis, 16 Februari 2012

HOT : Memey Suhaiza Mengidap Amnesia

NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon

Memey Suhaiza Mengidap Amnesia Dalam 13 episod Drama Rantaian “Amelia Amnesia” Di TV1. Kisah menarik yang sarat pengajaran ini melatari plot drama rantaian “Amelia Amnesia” yang bakal menemui penonton mulai 21 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang di TV1. Drama mengisi slot Cindai ini menyaksikan lakonan hebat Memey Suhaiza menghayati watak Amelia dan Ezani Nazarif sebagai Haris selain dibantu oleh Lydiawati, Nazira Sardi dan Hani Dahlan.





Sebelum dirinya disahkan mengidap penyakit amnesia, Amelia adalah seorang gadis yang amat sombong, tegas dan mementingkan diri sendiri. Dia sanggup melakukan apa saja termasuk merasuah seorang pegawai syarikat untuk mendapatkan projek yang bernilai jutaan ringgit demi menjaga statusnya sebagai seorang ahli perniagaan muda yang berjaya.

Namun segalanya berubah setelah dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya hilang ingatan. Dia mula mencari dirinya yang sebenar dengan bantuan orang di sekelilingnya. Bagi insan-insan yang terdekat dengannya. Bagi ibu dan ayahnya, kejadian itu umpama rahmat kerana Amelia yang wujud kini berubah sama sekali. Dia bukanlah Amelia yang angkuh dan keras hati seperti dulunya.



Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts