Sabtu, 8 September 2012

Penjelasan Nurul Syuhada Sebab Meletak Jawatan

Secebis entry yang mungkin tak berapa nak panas lagi, cuma untuk aku yang baru tahu pagi tadi sekarang giliran aku update. Korang tukang baca, sila baca yew. Terima kasih. 'senyum sikit......'

“Sebenarnya saya memang sudah lama memikirkan mahu meletak jawatan. Saya telah menghantar surat perletakkan jawatan sejak sebulan lalu sebagai kakitangan sepenuh masa TV3. Tetapi selepas ini saya akan terbabit secara separuh masa dan hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini buat masa sekarang”, itu penjelasan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd, 28, berkenaan keputusannya meninggalkan karier sebagai pengacara dan wartawan penyiaran TV3 sepenuh masa di stesen berkenaan.
Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi isu Bintulu yang membabitkan dirinya sebelum ini.
“Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi perletakkan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.
“Lagipun saya sudah menghantar surat perletakkan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (7 September) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby semalam.

Dalam pada itu Nurul Syuhada memberitahu keputusan diambil kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
Tambahnya lagi, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kariar apatah lagi kerjaya wartawan memang tidak mengira masa.
Bahkan keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat pengacara Majalah Tiga itu serta suaminya untuk menimang cahaya mata.

2 ulasan:

Hanif Idrus berkata...

Terjawab sudah!!!

Ayesha Ramlee berkata...

@Hanif Idrusitulah, tapi sayanglah kan....

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts