Selasa, 11 September 2012

SINGGANG DAGING

1/2 kilo Daging(dihiris nipis)
8 ulas bawang merah~ dimayang 
5 ulas bawang putih~ dimayang 
2 inci halia~ dimayang 
1 1/2 inci lengkuas~ dimayang 
sejemput ketumbar biji~ ditumbuk separuh lumat 
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas. 
sedikit gula melaka
1 keping asam keping
garam secukup rasa 
air untuk kuah

Cara membuatnya
1. Tenggekkan periuk berisi air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api. 
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging. 
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging empuk. 
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra. 
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.

credit : fotopages
*Teringinnya sangat nak makan lauk ni, saya tak pernah try lagi ni.. Kalau jadi saya update ye

1 ulasan:

Nieyl berkata...

semalam nieyl baru makan singgang ikan tongkol mak wat..hehe~sedap..

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts