Sabtu, 22 September 2012

Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu memyembelih, sembelihlah dengan caara paling sempurna, tajamkan pisau kamu sepaya haiwan itu cepat dan mudah mati. (Hadis riwayat Muslim)

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.
Credit : HMetro



3 ulasan:

Dear KHY berkata...

eeeei , dia mungkin membela tak mungkin kita boleh makan sedangkan otak sudah set bagaimana keadaan ayam itu. Wallahualam

Tihara berkata...

kat sana byk kisah pelik2..nape eks..masa kecik2 dlu akk ske bc variasari..byk la kisah org sana yg pelik2.. :)

Tihara berkata...

thanks yea ar-akak dah list kan link ar..good luck :)

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts