Selasa, 16 Oktober 2012

Semoga Jimmy Dan Suhaila Tidak Bermusuhan – Datin Muniroh

Pastinya anda sudah mengetahui berita penceraian antara Jimmy Shanley dan Suhaila yang telah berlaku minggu lalu. Sehingga ke hari ini, kedua-duanya masih enggan memberikan komen mengenai perpisahan tersebut. Namun B*pop Ahad lalu berjaya mendapatkan reaksi daripada Datin Muniroh, ibu kepada Suhaila.
Secara ringkasnya, Datin Muniroh berharap agak anaknya, Suhaila dan Jimmy tidak bermusuhan walaupun selepas penceraian ini. Abang Nara petik sedikit kata-kata yang penuh berhemah daripada Datin Muniroh untuk tatapan anda:-
Saya tidak mahu menyalahkan atau menyebelahi sesiapa. Jimmy dan Suhaila masing-masing ada baik dan buruknya. Tidak manis untuk saya mengaibkan sesiapa, apatah lagi jimmy pernah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Hubungan keluarga kami dan keluarga Jimmy memang rapat. Pada raya lalu, kami saling mengziarahi cuma Jimmy saja seperti menjauhkan diri. Saya ingin memberitahunya, jika enggan datang ke rumah, saya sanggup membawa cucu saya ke mana-mana lokasi untuk dia berjumpa. Saya faham mungkin Jimmy segan tetapi apa yang berlaku itu antara dia dan Suhaila. Cuma saya ingin berterima kasih kepada Jimmy kerana menhadiahkan seorang cucu yang comel yang menjadi penghibur di rumah.

credit : beautifulnara

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts