Selasa, 27 November 2012

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penyakit ini disebabkan oleh virus enterovirus. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Credit GOOGLE
TANDA-TANDA DAN GEJALA
  • Demam
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
CARA JANGKITAN
Melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan hidung, tekak, air liur, cecair dari lepuhan dan najis individu yang telah dijangkiti.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Cuci tangan dengan mengunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
  • Jangan berkongsi bahan-bahan oeribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Elak daripada mencium dan memeluk individi yang dijangkiti.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempay kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.

KOMPLIKASI
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh mengakibatkan KEMATIAN.

PERINGATAN KEPADA IBU BAPA
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut:
  • SEGERA baea ke hospital atai klinik berdekatan
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
  • Elakkan membawa anak anda ke tempat awan yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagan, kolam renang, pasae atau stesen pengangkutan awam

diterbitkan oleh: Unit Promosi Kesihatan, JKNS

2 ulasan:

Cik Gadis Tak Comel berkata...

Kanak - kanak bawah 6 tahun memang mudah dijangkiti . Kesian :)

Hanif Idrus berkata...

Aku ingatkan....untuk lembu tadi..hahahhahhaa.
Kanak2 pun boleh kena jugak yek!!
Anak aku umur 5 tahun!!

Contest SEO -Minta klik G+

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts