Jumaat, 14 Disember 2012

Beto Kusyairy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beto Kusyairy (Nurkusyairy Zakuan bin Osman) lahir pada 19 Februari 1980 ialah pelakon Malaysia berbakat besar yang mula dikenali sejak drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby,Geng SurauUri ini sebenarnya telah lama berkecimpung dalam industri seni. Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton. Lulusan Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi MARA ini berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai bakat lakonan yang bagus setanding pelakon hebat sedia ada.


Asal Usul Nama Beto Kusyairy

“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan. "(Petikan daripada Berita Harian)"


** My caring Boy, kenyit mata sikit :)




3 ulasan:

misshannajr berkata...

i like him..walaupun tak hensem mana tp muka dia manis dan paling suka lakonan dia..mantappp!!

fatin amalina husna berkata...

husna one of diehardfan beto!! =D
suka dgn cara lakonanya yg tampak bersahaja dan dalam waktu yg sama, kesemua lakonannya menjadi..=)

Hanif Idrus berkata...

Tak hensemm......hahaha. Sempat ckp..
Lakunan mantap

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts