Rabu, 26 Disember 2012

Pendarahan?

Terdapat 3 jenis pendarahan iaitu:

1. Pendarahan luaran
Kecederaan disebabkan luka atau kulit terkoyak.

2. Pendarahan luaran melalui bukaan semula jadi
Berlaku di dalam tubuh dan badan yang keluar adalah melalui bukaan semula jadi manusia seperti faraj dab hidung.

3. Pendarahan dalaman
saluran darah organ yang pecah di dalam tubuh manusia. Dianggap sangat serius dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan berlakunya renjatan. Tambahan pula, darah yang terkumpul di dalam tubuh manusia akam memberikan tekanan yang boleh memusnahkan organ tertentu seperi otak dan paru-paru.

Penyebab utama pendarahan ialah kerosakan pada saluran darah. Agen-agen fizikal seperti peralatan yang tajam, krmalangan kenderaan, tembakan serta peralatan pertukaran merupakan antara penyebab pendarahan boleh berlaku.

Langkah-langkah pencegahan dari berlakunya pendarahan:
- Menyimpan peralatan yang tajam serta alat-alat pertukangan di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.
- Mengetahui cara menggunakan peralatan mekanikal yang betul.
- Sentiasa berhati-hati ketika bekerja dan memandu.

sumber: "http://www.infosihat.gov.my"
posted from Bloggeroid
Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts