Jumaat, 31 Ogos 2012

Petua Hapuskan Kutu Rambut

Kepala gatal kerana KUTU?
Jangan risau, kepala berkutu adalah masalah biasa sejak zaman dahulu kala lagi.
Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.

Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala.

Siapa Yang Hafal LAGU Ini, Sila COMMENT..

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Khamis, 30 Ogos 2012

Saya Pilih Mengundi

entry WAJIB untuk NEGARA

u all dah check ke? semangat okey, tugas pada Negara kan? haruslah, nahh aku sertakan sekali link untuk korang zoom kesana (tekan je header bawah ni)
 
Tahun ke2, saya mengundi ye..

MERDEKA...
TERIMA KASIH MALAYSIA, dan terutama perjuang2 negara.
sesiapa yang OVERNIGHT, hati2 ye.. aku? malaslah, muda mudi bolehlah..

Selasa, 28 Ogos 2012

Isnin, 27 Ogos 2012

Segmen : Hanif Idrus Segmen Menerjah

TAMAT PADA 30 SEPTEMBER 2012 

TAG : en. ZAMANI

JOIN SINI :)

Bila CiK Ayesha LAPO!!

CIK ke?? 2:36AM

Krucuuk, krucuuk, lapar sekali peyut ku ini.. Sesi selongkah peti ais bermula, hasilnya
Nak buat apa dengan bahan2 ini?
1- Kuey Teow Soto
2- Taugeh or Sawi Goreng + Nasi Putih
3- Sup Sayur
4- 1300-13-1300

Jumaat, 24 Ogos 2012

Update : Masak Kuah Lodeh 'Resepi SukaHati'

kenapa sukahati, aku main bedal je ni.. tapi hubby kata 'bau tu ada' :p

jadi ke tidak, tungguuuu 

Sabtu, 18 Ogos 2012

RAMADHAN TERAKHIR 2012

10 jari saya menyusun dan memohon ampun maaf dengan seikhlasnya..
maafkan saya andai tersalah kata bicara, sejak saya dilahirkan menjadi gadis blogger..

...SELAMAT HARI RAYA...


Rabu, 15 Ogos 2012

Koma dibakar angkara kekasih panas baran


KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.
credit : Harian Metro

Khamis, 9 Ogos 2012

Night LailatulQadar

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.
Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.
Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.
[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]
Akhir kalam, adakah saudara tahu sejarah ini? Malulah kita beribadah kepada Allah tanpa mengetahui sejarahnya. Seperti ibadah solat, kita tahu sejarah baginda mendapat perintah solat pada malam Isra' Mikraj yang asalnya 50 waktu ditukar kepada lima. Semoga dengan tahunya sejarah Lailatul Qadar membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan tersebut.


Selasa, 7 Ogos 2012

MEMEY TERIMA JIKA NORMAN DAN ABBY RUJUK SEMULA

Credit : FB Maharaja Lawak Mega & illustrasiaku

KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.

“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008.
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.
Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.
“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

Ahad, 5 Ogos 2012

Ingin Aku Bertemu!!

Saya nak sangat jumpa awak, tapi saya tak boleh....
Saya takut bila saya jumpa awak, rasa rindu saya hilang menjadi kawan.
Tapi bila tak jumpa, tak tertanggung pulak rasa rindu ni. 
Saya bukan nak main tarik tali cuma saya takut dengan naluri saya sendiri..


Sabtu, 4 Ogos 2012

Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts