Ahad, 30 September 2012

Sabtu, 29 September 2012

TUTORIAL : How to Remove Attribution Widget on Blogger

Assalamualaikum.
Powered by Blogger.
perasan tak? kalau korang guna Template Designer, mesti ada ayat atas nie. Nak padam tak? rimaskan? kan..
Nak delete, teruskan baca.

1. First, go to Design > Edit HTML > Tick "Expand Widget Template". Search (R3) for the word "attribution".
2. When you see the attribution widget code (refer to image above), change the "true" onLocked to "false"
3. Go back to Design > Page Elements > Attribution 'Edit' 
4. And now with the "Remove" button available, you can finally remove the Attribution widget for good. 

DONE!

Jumaat, 28 September 2012

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING

Assalamualaikum,

First, kasi credit 10 dekat Norasyimah Saifullah.

* tekan banner yea!!

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING
* join 2 joinlah jugak, saya ada soalan.. macam ne nak buat entry melekat, blog dah lain sikitkan sekarang. ke aku sorang je yang jadi layout baru..

Khamis, 27 September 2012

Sssshhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

simple entry..

Assalamualaikum
Saya senyap bukan merajuk, bahkan tidak juga terasa mana2 entry kalian, diam pasal Opret bilik kedua 'ayat apa2 tah'

Prengggggggggg prenggg
tak boleh blar pembakar roti 2..
Siap nanti aku upload share ye 
p/s: 'saje'

Selasa, 25 September 2012

Janggut Dan Misai Orang Eropah Yang Unik

Ini merupakan gambar di pertandingan European Beard and Moustache Championships di Wittersdorf, France

P/S: Go to klinik mata, Hospital Selayang. 



Sabtu, 22 September 2012

Story About JERAWAT

Assalamualaikum

Jikalau jerawat yang kian teruk dan serius korang biarkan, nasib si jerawat makin bermaharaja-lela khususnya di bahagian wajah:


Memiliki wajah bersih, licin dan bebas dari jerawat serta parut adalah lebih menambah keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai.
Tidak perlu berasa malu untuk keluar berjalan-jalan dan bertemu rakan-rakan kerana wajah sudah bebas dari sebarang masalah jerawat dan jeragat.
Motivasi akan terus meningkat tinggi dan mampu memberi prentasi terbaik di pejabat. Terutama sekali ketika bermesyuarat di pejabat.
Rakan-rakan atau pasangan tak jemu-jemu memuji wajah yang cantik kerana tidak punya masalah jerawat lagi.
Atau untuk yang masih mencari-cari teman hidup, kita akan lebih yakin untuk mendekati dan didekati sesiapa pun. Mana tahu orang yang korang minat bakal menjadi teman hidup yang boleh membahagiakan suatu hari nanti. InsyaAllah saya doakan.

Korang mesti sedar yang semua impian bukan semudah yang disangka untuk menjadi kenyataan dengan masalah jerawat yang melanda.

Tiba-tiba Ayesha Ramlee cerita pasal JERAWAT!! 
first time jerawat tau, itupun setelah usia 28tahun.
Semua kata dah masak jerawat ni 'boleh pecahkan', aku kata 'saja biarkan nak tunggu sampai garing dulu.. :)

Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu memyembelih, sembelihlah dengan caara paling sempurna, tajamkan pisau kamu sepaya haiwan itu cepat dan mudah mati. (Hadis riwayat Muslim)

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.
Credit : HMetro



Diana Amir Sudah Bertunang

Assalamualaikum, Tahniah Diana Amir.
Walaupun sedaya upaya cuba merahsiakan pertunangannya, rancangan Galaksi TV9 semalam berjaya mendapatkan pengakuan Diana Amir tentang berita gembira tersebut. Diana Amir mengesahkan yang dirinya sudah pun bergelar tunangan orang. Lelaki yang berjaya mencuri hati Diana Amir itu ialah seorang ustaz.




Jumaat, 21 September 2012

Rabu, 19 September 2012

Cerita Syawal Ayesha + Azrie

Sebelum saya mulakan bicara yang terlepas jauh, saya nak kata "Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"

Aah, dah habis Syawal.. Twing3

Syawal tahun ini, macam tak berapa nak raya. Lepas satu-satu cerita yang tak menyenangkan di dengar. Saya nak update nie pun masih tak semangat seperti entry2 yang lepas. Walaupun cerita tu mungkin entah apa2 tah, tapi Ini macam ini, sana macam itu. Last-last korang layan jelah beberapa keping gambar Ramlee + Ah Chik and the kaum to klik klikkk 'saya langsung tak pegang camera, walaupun ini harta anna yang punya' MOOD ooh MOOD, mood nak marahhh je sekarang ni :'(
Anak zaman Millenium

BIRU kembali setelah 7tahun 
*nampak letihkan, sebulan puasa full 
*adik no6, anak sulong dia, kita, akak no 4
stop untuk MELAKA

dan sambung terus dekat rumah saya, simple makan2 untuk adik beradik. datang mengejut, menu pun mengejutlah ye.
 Mee Kari + Air Mangga
 lepas makan, jom kemas stor saya.. besalah kan, kata baru pindah
2jam selepas mereka bertungkus lumus, terang sikit dari sebelumnnya

Okeylah, sekian.. thanks for reading :)

Selasa, 18 September 2012

Jom Join Bloglist Miss Nadya Power !!

how is : Ayesha Ramlee
email : bloggergirl84@gmail.com
facebook : Add
twitter : Follow
instagram : @ayesharamlee
tumblr : ayesharamlee
skype : ayesharamlee
WhatsApp : PM fb


Sabtu, 15 September 2012

TUTORIAL : Buang/Remove Navbar

Memandangkan aku selalu guna benda ni (rajin edit blog) so patut rasanya aku buat tutorial ni, senang untuk aku jugak dan kalau korang nak buat, aku alu-alukan je.
First step:
Dashboard => Design => Edit HTML
(click 

Second Step:
Korang cari kod yang ni
/* Variable definitions
===================

Dah jumpa belum ?? Kalau dah, korang paste kan kod yang ni dan letakkan dekat atas kod tadi tu.
#navbar-iframe { display: none !important; }

Senang je kan..?? 

cth:
* lama aku tak jadi cikgu kan? bangunnnnnn :)

Jemput Semua Blogger Malaysia

* Rumah mertua saya, memang tiap-tiap tahun buat dekat sana. Yang datang last year, terima kasih sekali lagi dan alamat dah tukar, bukan dekat balai bomba lagi tau.

Apa-apa mesej saya di 017-6638492 ayesha

Soalan Percubaan SPM 2012 Bocor Di Facebook

Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek. ”Selalunya mereka akan letak soalan itu sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek, namun apa yang menimbulkan tanda tanya sekarang mengapa tiada tindakan diambil meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini,”

Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah tiada pada jam 3 petang tadi (semalam). Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun di laman tersebut

“Saya harap pihak berkuasa termasuk Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus tepat seperti soalan sebenar,” katanya


Jumaat, 14 September 2012

Harga Tiket Legoland

Biasalah itu, sebelum ke tajuk utama. mari kita merewang-rewang cuci mata tengok apa yang bakal korang saksikan nanti..
puas, nak lagi?

tengok rege dulu ye :)
* amacam, JOM pergi

Giveaway : Saya Mau Novel Dari Onenie

tag : TGB, BONANZA, NARD
tarikh tutup adalah 21 september 2012

Selasa, 11 September 2012

SINGGANG DAGING

1/2 kilo Daging(dihiris nipis)
8 ulas bawang merah~ dimayang 
5 ulas bawang putih~ dimayang 
2 inci halia~ dimayang 
1 1/2 inci lengkuas~ dimayang 
sejemput ketumbar biji~ ditumbuk separuh lumat 
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas. 
sedikit gula melaka
1 keping asam keping
garam secukup rasa 
air untuk kuah

Cara membuatnya
1. Tenggekkan periuk berisi air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api. 
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging. 
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging empuk. 
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra. 
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.

credit : fotopages
*Teringinnya sangat nak makan lauk ni, saya tak pernah try lagi ni.. Kalau jadi saya update ye

Sabtu, 8 September 2012

Gua Sedalam 4,000 Kaki Di Timur Perancis

Gua ini pertama kali dijumpai oleh Joseph Berger pada tahun 1953 kedalaman 1,000 kaki dan ini merupakan tempat yang paling dalam ketika ini. Gua ini dinamakan gua batu kapur Gouffre Berger sempena nama beliau. Telah ramai yang mati ketika ingin meneroka gua ini.

Penjelasan Nurul Syuhada Sebab Meletak Jawatan

Secebis entry yang mungkin tak berapa nak panas lagi, cuma untuk aku yang baru tahu pagi tadi sekarang giliran aku update. Korang tukang baca, sila baca yew. Terima kasih. 'senyum sikit......'

“Sebenarnya saya memang sudah lama memikirkan mahu meletak jawatan. Saya telah menghantar surat perletakkan jawatan sejak sebulan lalu sebagai kakitangan sepenuh masa TV3. Tetapi selepas ini saya akan terbabit secara separuh masa dan hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini buat masa sekarang”, itu penjelasan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd, 28, berkenaan keputusannya meninggalkan karier sebagai pengacara dan wartawan penyiaran TV3 sepenuh masa di stesen berkenaan.
Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi isu Bintulu yang membabitkan dirinya sebelum ini.
“Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi perletakkan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.
“Lagipun saya sudah menghantar surat perletakkan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (7 September) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby semalam.

Dalam pada itu Nurul Syuhada memberitahu keputusan diambil kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
Tambahnya lagi, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kariar apatah lagi kerjaya wartawan memang tidak mengira masa.
Bahkan keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat pengacara Majalah Tiga itu serta suaminya untuk menimang cahaya mata.

Khamis, 6 September 2012

Ye, Petrol Naik Lagi!!

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini, manakala RON95 kekal pada RM1.90. - Bernama

p/s : JOM ISI MINYAK..

Rabu, 5 September 2012

Gambar: Jenguk Kediaman Fasha Sandha Dan Rizal Ashram

Sebelum Aidilfitri tempoh hari, Fasha Sandha & Rizal Ashram berpindah ke rumah baru yang tidak kami ketahui lokasinya & khabarnya masih sibuk mengemas sehingga kini.
Terbaru mengenai Fasha Sandha, beliau akan muncul dengan drama bersiri arahan Ahmad Idham berjudul Runtun Qalbu yang akan mula bersiaran pada September ini di TV3.
Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts