Selasa, 27 November 2012

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penyakit ini disebabkan oleh virus enterovirus. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Credit GOOGLE
TANDA-TANDA DAN GEJALA
  • Demam
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
CARA JANGKITAN
Melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan hidung, tekak, air liur, cecair dari lepuhan dan najis individu yang telah dijangkiti.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Cuci tangan dengan mengunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
  • Jangan berkongsi bahan-bahan oeribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Elak daripada mencium dan memeluk individi yang dijangkiti.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempay kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.

KOMPLIKASI
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh mengakibatkan KEMATIAN.

PERINGATAN KEPADA IBU BAPA
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut:
  • SEGERA baea ke hospital atai klinik berdekatan
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
  • Elakkan membawa anak anda ke tempat awan yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagan, kolam renang, pasae atau stesen pengangkutan awam

diterbitkan oleh: Unit Promosi Kesihatan, JKNS

Isnin, 26 November 2012

Untuk CikTi Dari Is

Assalamualaikum.. Terima kasih yew IS, Terasa seperti kanan-kanak pulak =)

Ahad, 25 November 2012

Apakah itu URL?

URL ialah alamat fail di Web, seperti www.example.com, atau foo.example.com. Semasa proses penghasilan blog, anda harus memilih URL untuk blog anda. Pelawat boleh mengakses blog anda dengan menaipkan URL ini dalam bar alamat penyemak imbas mereka. Memandangkan sudah terdapat sejumlah besar blog Blogspot, anda terpaksa menjadi lebih kreatif dan mungkin mencuba beberapa URL yang berbeza sebelum menemui URL yang boleh digunakan. Format untuk URL anda ialah nameyouchoose.blogspot.com. Semasa memilih URL blog anda, ingat bahawa anda hanya boleh menggunakan huruf, nombor dan tanda sempang sahaja. Aksara khas seperti $, #, &, dsb. tidak dibenarkan.
Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.

Sabtu, 24 November 2012

ENTRY LEPAS GERAM

Assalamualaikum
Seperti yang tertulis, entry ini Ayesha tuju khas untuk lepas gerammm. Yang rasa tak suka, sila pangkah dengan cepatnya.. mood: kelaut dalam, terima kasih singgah sini. Next time singgah lagi ye, insyaallah dah takde marah-marah bagai =) dan yang sudi membaca setiap apa yang Ayesha lemparkan disini, terima kasih jugak.. senyum sikit :) Sila bantu kalau anda tahu ape yang Ayesha alami...

Jujur Aku rasa, Makin lama duduk dalam blog ini, makin perlu aku ke sekolah semula.. Aduuhhh, BENGGONG makin menjadi-jadi. Puas sudah ubah itu ini.. Mana tidaknya, korang bayangkan ye (bayang bukan berangan tau =p), first: post dengan sidebar jauh terkangkang. Lepas tu, semua gambar-gambar dalam ni, hilang pulak (still tak okey lagi) Sekarang, blockquote pulak buat hal.. Untuk masalah ni je, 4kali aku tukar template. EMOSI..

** Takkan Update dengan hand phone, terus GILA macam ni.
** Masalah ni, buatkan entry-entry yang lain terpaksa di DRAFF kan aje

p/s: Ada rasa nak tukar URL jew, tapi SAYANGlah.. Maybe bukan TU..

Jumaat, 23 November 2012

Mood: DEMAM

Assalamualaikum

Sebenarnya saya memang nak update kat sini, last2 BW je lah.. Kenapa dengan saya, sejak akhir2 ni yea... Kering kontang sangat.. 

Mood: DEMAM

** Update dekat KID FASHIONISTA Shoppe ajelah ye, repair apa yang sawan..


Sabtu, 17 November 2012

Makin Lama Makin Gatal, GERAMMM

Salam 1 Malaysia.

Tajuk macam lain je kan? Benda ni tidak sama sekali melibatkan hati dan perasaan orang cuma aku geram dengan tapak tangan ni hah. Gatalllll, makin garu makin sedap tapi lepas tu. Tahan jelah airmata, pedih toqqq


Merah sangatkan...
posted from Bloggeroid

Kangkang dah baik tp ada yang hilang

Salam

Semenjak beralih kasih ke S, tab langsung tidak ku sentuh dari pagi tadi. Kesian dia, hihi. MAAFlah tab bkn lupa jasa tp u besar sgtlah. Payah nak bawa jalan2.

Bila dalam keadaan mcm ni, teringat zaman sekolah dulu mesti ada karangan 'aku sebuah .....', itulah keadaan tab sebenar.


Tengok sat, betul jd mcm ni. Mana hilang semua. Sawannn, mcm malas nak blog lagi.

posted from Bloggeroid

Mak Discharge Aku Shopping

* kasut baru, HP baru.. alhamdulillah

p/s: insyaallah kalau mood update ada, aku share 'check, ory ke tidak hp korang'

kalau malas jugak buat kerja rumah, tak tahulah :P



Rabu, 14 November 2012

Retinopati Diabetes anda perlu tahu..

Retinopati Diabetes merupakan sebab utama orang dewasa berusia 20-40tahun menjadi buta.

APAKAH RETINOPATI DIABETES?
Adalah komplikasi Diabetes Mellitus, berpunya daripada perubahan yang dialami pembuluh darah dalam retina. Retina adalah lapisan saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat penting untuk penglihatan. Sebarang perubahan yang berlaku dalam pembuluh darah seperti bocor, tersumbat dan pembentukan pembuluh darah baru yang luar biasa boleh mengancam penglihatan anda.

BERIKUT ADALAH FAKTOR-FAKTOR RISIKO UNTUK MENDAPAT RETINOPATI DIABETES:
- Lama menghidap Diabetes Mellitus (80% pesakit yang menghidap Diabetes Mellitus selama 15 tahun menghidap Retinoati Diabetes)
- Tahap gula dalam darah yang tidak terkawal dengan baik
- Tekanan darah yang tidak terkawal dengan baik
- Turut mengalami komplikasi Diabetes Mellitus yang lain seperti
a) Kerosakan buah pinggang
b) Kudis kaki / Gangren
c) Kebas tangan dan kaki

- Kadar kolesterol tinggi
- Merokok
- Anemia
- Pesakit Diabetes Mellitus yang mengandung

BAGAIMANA HENDAK KENAL PASTI JIKA ANDA MENDAPAT RETINOPATI DIABETES?
Anda mungkin tidak dapat kenal pasti. Biasanya tidak terdapat tanda-tanda Retinopati Diabetes di peringkat awal. Di peringkat kemudiannya, anda mungkin mengalami
- Penglihatan kabur
- Penglihatan berubah-ubah
- Herotan penglihatan
- Benda terapung dalam medan penglihatan
- Hilang penglihatan sama sekali

Akan tetapi, sebaik saja wujud tanda-tandanya, maka rawatan mungkin rumit atau mustahil dilakukan. Oleh itu, anda hendaklah pergi menjalani pemeriksaan mata dari masa ke semasa sebelum muncul sebarang tanda.

BAGAIMANAKAH CARA RAWATAN RETINOPATI DIABETES?
Rawatan mungkin perlu di peringkat awal Retinopati Diabetes. Apabila terdapat tanda-tandanya, rawatan laser mungkin dilakukan untuk menunda kemajuan Retinopati Diabetes. Jika Retinopati Diabetes di peringkat teruk, pembedahan mata mungkin perlu dijalankan untuk memelihara penglihatan.

Namun begitu, Retinopati Diabetes peringkat awal atau kemajuannya boleh ditunda dengan cara kawalan Diabetes Mellitus dan faktor-faktor risiko yang lain.

APAKAH RAWATAN LASER?
Rawatan ini menggunakan sorotan halus cahaya laser untuk menampal dan mencegah kebocoran pembuluh darah serta memusnahkan pembuluh darah baru yang luar biasa di dalsm retina. Ini merupakan rawatan pesakit luar dan tidak sakit. Rawatan laser tidak menyembuhkan Retinopati Diabetes tetapi mencegah komplikasi yang lebih lanjut.

Langkah-langkah berikut boleh melindungi dan memelihara penglihatan mata anda :
- Kawalan tahap gula dalam darah
- Kawalan tekanan darah
- Amalan makan yang sihat
- Mengekalkan berat badan yang unggul
- Selalu bersenam
- Berhenti merokok
- Pemeriksaan mata berkala (sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut syor doktor)


posted from Bloggeroid

Selasa, 13 November 2012

* Cerita hospital selayang dan mak

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

** Happy Deepavali to all penganut hindu.

Rintitan entries semalam, yang terkangkang kita biarkan dia terkangkang hingga hadirnya pakar blogger. Ayesha nak sambung cerita Oprat mata mak. Mak masuk wad semalam dekat Selayang Hospital. Tingkat 6, Bilik 6B, Katil 13 setakat jam 2:02pm.

Mengikut kata mereka yang pakar, insyaallah esok date nya (rabu). Kencing Manis dah turun 3.5. Cantik sangat dah tu.

Oraitlah, sambung nanti yea. Laparlah, go to Nur Cafe...

p/s: tak sabar tunggu esok and makanan untuk pesakit memg tiptop, class 4bintang. Yelah kalau 5, baik duduk hotel.

posted from Bloggeroid

Isnin, 12 November 2012

* Blog Dengan Penyakit Baru

Penyakit baru, yang makan hatiiii
* sila angkat tangan, kepada sesiapa yang pernah alami sebegini.. :)

Tolong ajar aku, gimana mau keluar dari penyakit ini.. salah ke update dari fon, ooh menyerabuutkan..

'Template denim'

|
|
|
selang beberapa jam. saya dah edit, but still terkangkang

** banyak entry yg tertanggung, nanti kita update satu persatu.. bergantung pada mood terkangkang ni :P
** cerita pasal : kenduri, mandi hujan, mak masud wad, cerita raya hajipun masih tak ter-update sepenuhnya...

p/s: gad redy to sepital selayang

* Gunalah perkataan ini ketika senang atau susah.

p/s: alhamdulillah, mak dah masuk wad (hosp selayang). Insyaallah, rabu ini oprat mata.

Khamis, 8 November 2012

Takziah untuk 'pinkymomma'

Assalamualaikum. Takziah untuk kak diya 'pinkymomma', di atas kehilangan ibunda tercinta. Di hospital hukm.
To all readers, mari sama2 kita sedekahkan al fatihah utk arwah, semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
p/s: insyaallah, rabu 14 nov. Mak oprat mata, tukar kanta. Kencing manis punya angkara. Hosp.selayang.. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin


Tiny Hand With Animated Rainbow Hearts